Al-Razi
Sunday, November 25, 2018
Siapakah Ar-Razi?
BIODATA AR-RAZI
(http://globalnews.co.id/2017/07/07/ilmuwan-muslim-ar-razi-dokter-dengan-berbagai-penemuan/)
NAMA: Abu Bakar Muhammad bin Zakaria al-Razi
- TARIKH & TEMPAT KELAHIRAN: Rayy, Iran pada tahun 251 Hijrah
- TARIKH & TEMPAT WAFAT: Rayy, Iran 313 H
- ETNIK: Parsi
- BIDANG: Kimia, Biologi, Perubatan, Sains
- Beliau juga lebih dikenali sebagai Rhazes di Barat.
Rujukan:
https://ms.wikipedia.org/wiki/Abu_Bakar_Muhammad_bin_Zakaria_al-Razi
Riwayat Hidup
RIWAYAT HIDUP AR-RAZI
(http://www.voa-islam.com/read/health/2017/09/30/53448/arrazi-pelayanan-pasien-yang-utama/#sthash.xlHn6xoO.dpbs)
Al-Razi menjadi terkenal dalam bandar asalnya sebagai ahli perubatan. Dia menjadi Pengarah (Direktor) hospital Rayy (Cf. ibn Juljul, al-Qifti, ibn abi Usaibi'ah), semasa pemerintahan Mansur ibn Ishaq ibn Ahmad ibn Asad yang merupakan gabenor Rayy dari 902-908M bagi pihak sepupunya Ahmad ibn Isma'il ibn Ahmad, pemerintah Samanian kedua. Razi menujukan kitab perubatannya al-Tibb al-'Mansuri kepada Mansur ibn Ishaq ibn Ahmad , yang disahkan dalam manuskrip tulis tangan dalam bukunya. Ini disanggah oleh ibn al-Nadim', tetapi al-Qifti dan ibn abi Usaibi'ah mengesahkan bahawa yang bernama Mansur sememangnya Mansur ibn Isma'il yang meninggal pada 975M. al-Razi berpindah dari Rayy ke Baghdad semasa pemerintahan Khalifah Muktafi (sekitar.901-907M) di mana dia sekali lagi menjawat jawatan Ketua Pengarah (Chief Director) hospital.
Selepas kemangkatan al-Muktafi, al-Razi dikatakan kembali ke Rayy di mana dia mempunyai ramai pelajar dengannya. Sebagaimana diterangkan oleh Ibn al-Nadim dalam Fihrist, al-Razi ketika itu adalah Sheikh (gelaran bagi seseorang yang berhak mengajar) "with a big head similar to a sack", dikelilingi oleh beberapa bulatan pelajar. Kita tahu bahawa salah seorang daripada pelajarnya menjadi pakar perubatan. Al-Razi merupakan seorang yang pemurah, dengan sifat perikemanusiaan terhadap pesakitnya, dan murah hati terhadap golongan miskin, Dia sering kali memberikan mereka rawatan penuh tanpa mengenakan sebarang bayaran, ataupun sebarang bentuk bayaran lain. Apabila dia tidak bersama pelajar atau pesakitnya, dia sentiasa menulis atau belajar.
Fakta ini mungkin menjadi punca kepada melemahkan penglihatannya sehingga menyebabkan dia menjadi buta pada kedua belah matanya. Penyakit matanya bermula dengan katarak dan berakhir dengan buta sepenuhnya. Khabar angin menyebut dia enggan dirawat bagi katarak, mendakwa bahawa dia "telah melihat begitu banyak dunia sehinggakan dia tidak larat lagi melihatnya."
Rujukan:
-https://ms.wikipedia.org/wiki/Abu_Bakar_Muhammad_bin_Zakaria_al-Razi
Sumbangan Ar-Razi
😁SUMBANGAN😁
(https://irfan-irsyad.com/2011/01/15/al-razi-tokoh-falsafah-perubatan-islam/)
PERUBATAN
- Menghasilkan bahan rujukan perubatan di dunia barat berkenaan sakit campak cacar tulen dan campak biasa.
- Menghasilan bahan-bahan untuk digunakan dalam perubatan. Sebagai contoh, beliau merupakan orang pertama menggunakan sebatian plumbum di dalam memproses krim, menggunakan usus binatang ketika menjahit luka-luka dan mensifatkan penggunaan simim plaster di dalam merawat penyakit patah.
- Orang pertama yang memperkenalkan alkohol untuk tujuan perubatan.
- Orang pertama yang menggunakan opium iaitu sejenis dadah untuk tujuan bius.
BIDANG KIMIA
- Orang pertama yang menjumpai asid sulfurik, bahan penting dalam bidang kimia dan kejuruteraan kimia.
- Orang yang pertama menjumpai ethanol dalam bidang perbuatan.
- Transmutation of metal philosopher stone dalam bukunya al-asrar( The Secrets’’) and Sirr al-Asrar (‘The Secret of Secrets’)
FALSAFAH
- Kitab Al Hawi( Liber Contines) merupakan sebuah ensikklopedia amalan terapeutik dan menjadi rujukan di eropah
- Kitab Al Thib Al Ruhani (Karya teragung beliau dalam bidang falsafah) memberi cara pengubatan penyakit jiwa da pengubatan fizik yang menyembuhkan tubuh badan.
Rujukan:
-http://azizharjinesei2015oktober.blogspot.com/2015/10/sumbangan-muhammad-ibnu-zakaria-al-razi.html
Hasil Karya Ar-Razi
HASIL KARYA AR-RAZI𓀛
(https://www.gomuslim.co.id/read/khazanah/2017/07/28/4815/zakariyya-ar-razi-dokter-muslim-penemu-obat-penyakit-cacar-dan-darah-tinggi.html)
Al-Razi telah menghasilkan 237 buah buku di mana 140 buah daripadanya adalah berkaitan bidang perubatan. Sepuluh buah daripada buku-buku perubatan tersebut telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin.
Antara kitab yang telah beliau hasilkan ialah:
• Kitab al-Mansuri
• Kitab al-Hawi Fit-Tibb
• Kitab al-Judari wa al-Hasabah
i. Kitab al-Mansuri merupakan kitab perubatan pertama yang ditulis oleh beliau
- Ia dinamakan sempena nama pemerintah Rayy pada masa itu iaitu Mansur Ibn Ishaq.
- Ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada 1480M di Milan dan dikenali dengan nama 'Liber AlMansoris'.
- Ia mengandungi 10 jilid dan sebahagian daripadanya telah diterbitkan ke dalam bahasa Jerman dan Perancis.
ii. Kitab al-Hawi Fit-Tibb merupakan karya termasyhur.
- Kitab ini juga dikenali sebagai 'Comprehensive Book' yang merangkumi ilmu perubatan patologi dan terapi dari sumber-sumber Yunani, India dan Arab
- Beliau akhirnya telah menghimpunkan kesemua pengalaman perubatan tersebut ke dalam Ensiklopedia Perubatan yang berjumlah 20 jilid.
- Kitab al-Hawi merupakan pecahan terbesar di mana ia meliputi 9 jilid, diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dengan nama 'Liber Continens'
- Tesis berkenaan kedua-dua penyakit ini diiktiraf sebagai kajian sistematis yang sulung dalam sejarah perubatan
Rujukan:
-http://surauktdi.blogspot.com/2009/07/siapakah-ar-razi.html
Guru & Penentang Ar-Razi
Selain daripada Ali ibn Rabban al-Tabari, yang mengajar al-Razi perubatan, Ibn al-Nadim mengatakan bahawa al-Razi mempelajari falsafah dengan al-Balkhi, yang telah jauh mengembara dan mengetahui banyak perkara mengenai falsafah dan sains kunu. Sesetengah turut mendakwa bahawa al-Razi attributed sebahagian buku al-Balkhi berkenaan falsafah kepada dirinya sendiri. Tidak banyak yang diketahui mengenai al-Balkhi, walaupun nama penuhnya.
Penentang al-Razi, sebaliknya, diketahui ramai. Mereka termasuk yang berikut:
1. Abu al-Qasim al-Balki, ketua Mu’tazilah di Baghdad (m. 319/931), penulis semasa dengan al-Razi yang menulis banyak bangkangan terhadap buku al-Razi, terutamanya buku Ilm al-Ilahi. Percanggahannya dengan al-Razi menghasilkan (entailed pemikirannya berkenaan konsep ‘Masa’.
2. Shuhaid ibn al-Husain al-Balkhi, dengan mana al-Razi terbabit dengan banyak pertikaian; satu daripadanya adalah konsep ‘Nikmat’, dijelaskan dalam bukunya Tafdll Ladhdhat al-Nafs di mana Abu Sulaiman al-Mantiqi al-Sijistani memetiknya dalam karangannya Siwan al-Hikmah. Al-Balkhi meninggal sebelum 329/940.
3. Abu Hatim al-Razi menjadi penentang al-Razi yang paling penting (m. 322/933-934) dan merupakan salah seorang pendakwah Isma’ili teragung. Dia menerbitkan pertikaian dengan al-Razi dalam bukunya A’lam al-Nubuwwah. Disebabkan buku ini, pemikiran al-Razi berkenaan Rasul dan Ugama kekal sehingga kini.
4. Ibn al-Tammar (kemungkinannya adalah abu Bakr Husain al-Tammar, menurut Kraus) merupakan seorang ahli perubatan dan dia turut mempunyai pertikaian dengan al-Razi, yang di rakamkan oleh abu Hatim al-Razi dalam A’lam al-Nubuwwah. Ibn al-Tammar tidak bersetuju dengan buku al-Razi, al-Tibb al-Ruhani tetapi al-Razi membalasnya. Malah, al-Razi menulis dua anti thesis (antitheses):
(a) Jawapan pertama berkenaan pertikaian al-Tammar dengan Misma’i berkenaan ‘Jisim (Matter)’.
(b) Jawapan kedua kepada pendapat al-Tammar pada ‘Atmosphera penduduk dalam bumu (subterranean habitations)’.
Rujukan:
-https://irfan-irsyad.com/2011/01/15/al-razi-tokoh-falsafah-perubatan-islam/
Subscribe to:
Posts (Atom)